March 28, 2015

Jumpa mayat mangsa kemalangan dalam parit

MAYAT yang ditemui dalam parit. FOTO ihsan Bomba

Tawau: Dua mayat lelaki ditemui di dalam parit sedalam lima meter di Taman Semarak Jaya, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa Wong Lee Fong, 21, dan Lester Mujah, 24, dipercayai terbabit dalam kemalangan, semalam selepas motosikal yang dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam parit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan mangsa dari parit berkenaan pada 6.46 petang tadi.

"Terdapat dua mangsa ditemui mati dan menurut polis kejadian kemalangan berlaku semalam.

"Usaha mengeluarkan mangsa dari parit sedalam lima meter segera dilakukan dengan menggunakan pengusung dan tali," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Razali berkata, operasi mengeluarkan mayat mangsa mengambil masa 41 minit dan operasi ditamatkan pada 7.50 malam.

myMetro 27 Mac 2015


0 comments:

Post a Comment