March 28, 2015

Gerai buah terbakar

Anggota bomba berusaha memadamkan api di sebuah gerai buah di Pasar Awam Banting, kelmarin.

BANTING - Sebuah gerai buah-buahan di Pasar Awam Banting di sini, hampir musnah dalam kebakaran malam kelmarin.

Peniaga gerai, Lim Wei King, 24, berkata, dia mengetahui mengenai kebakaran gerainya selepas dihubungi oleh pekerjanya.

"Masa itu saya ada dekat rumah, lepas pekerja saya telefon beritahu kedai terbakar saya terus pergi ke lokasi.

"Tak sangka kedai saya boleh terbakar sebab saya hanya jual buah sahaja. Tapi mungkin kebakaran berpunca daripada peti ais saya, tapi saya tak pastilah, biarlah bomba yang siasat dengan lebih lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.47 malam dan tiba di lokasi lima kemudian.

“Gerai buah berkenaan berada di hadapan kedai dan bimbang jika boleh merebak dengan cepat ke kawasan lain di dalam pasar.

“Bagaimanapun, anggota bomba yang bertugas berjaya mengawal api dan dianggarkan hanya 60 peratus kawasan sahaja yang terbakar,” katanya.

Menurutnya, tiada mangsa terlibat manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sinar Harian 27 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment