March 28, 2015

Dipaksa berbogel dalam kelas


KUALA LUMPUR – Tujuh orang pelajar tingkatan satu melalui detik memalukan apabila dipaksa menanggalkan seluar manakala seorang lagi diarah membuka baju oleh seorang guru penolong kanan hal ehwal pelajar di sebuah sekolah di Ampang Rabu lalu.

Guru tersebut bertindak demikian kerana kumpulan pelajar berkenaan tidak memakai pakaian sukan yang mempunyai logo sekolah.

Lebih memalukan, dua daripada mangsa yang tidak memakai seluar dalam terpaksa berbogel dan meneruskan sesi persekolahan sebelum mereka meminjam duit daripada rakan-rakan untuk membeli seluar sukan sekolah di kedai koperasi.

Salah seorang mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, dia hanya memakai seluar boxer bermula waktu rehat pada pukul 10 pagi hingga tamat sesi persekolahan pada pukul 2 petang.

Katanya, kejadian berlaku ketika sambutan Hari Kokurikulum peringkat sekolah dan setiap pelajar dibenarkan untuk memakai pakaian sukan.

“Enam daripada kami tidak memakai seluar sukan dengan logo sekolah manakala seorang lagi memakai baju berwarna putih. Guru tersebut memaksa kami menanggalkan seluar dan baju di dalam kelas. Dia me­rampas pakaian kami dan membawanya ke pejabat.

“Rakan saya terpaksa me­minjam kain samping pelajar lain untuk dipakai menggantikan seluar sepanjang sesi persekolahan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Kosmo 28 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment