February 25, 2015

Cuba terjun dari atas bangunan


TELOK KEMANG - Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas cuba terjun dari tingkat atas bangunan kuarters tentera di Batu 5 Jalan Pantai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, lelaki berusia 37 tahun itu dipercayai kurang siuman, menceroboh masuk ke kawasan kuarters berkenaan.

Pengawal pintu kuarters yang enggan dikenali berkata, lelaki yang datang dari arah Hospital Port Dickson itu terus masuk ke kawasan perumahan berkenaan dan meluru ke tingkat empat bangunan walaupun ditegur pengawal.

“Lelaki itu terus menaiki tangga dan kemudian menanggalkan baju sebelum cuba memanjat tembok untuk naik ke atas bumbung.

"Beberapa anggota tentera bergegas ke lokasi dan berjaya memujuk serta membawa turun lelaki itu.

Menurutnya, lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Telok Kemang, Kassim Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan dan bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

“Ketika sampai, suspek berjaya diselamatkan oleh orang awam dan anggota tentera.

"Dia juga sudah dibawa turun dari bangunan tersebut,” katanya.

Sinar Harian 24 Feb 2015

0 comments:

Post a Comment