February 25, 2015

Budak lemas dalam kolam ikan

Marang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui lemas dalam kolam ikan di Jalan Berangan Pak Ayu, Kampung Sungai Sena Rendang, Wakaf Tapai, di sini, 6.15 petang tadi.

Mangsa, Mohd Ariff Aifan Rosma, pelajar tahun dua di sekolah kebangsaan, di sini, ditemui sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai yang bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.54 petang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Rozizah Abni Hajar berkata, usaha mencari mangsa dilakukan pihaknya dengan kerjasama penduduk kampung sebelum mangsa ditemui sudah meninggal dunia di dasar kolam berkenaan pada 6.15 petang.

"Usaha mencari mangsa dijalankan dengan menggunakan pengait dan kita tidak dapat memastikan punca mangsa lemas di dalam kolam berkenaan yang berkeluasan 6 x 9 meter persegi," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

myMetro 24 Feb 2015

0 comments:

Post a Comment