January 24, 2015

Tugas terakhir


ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa

Seremban: “Mati lagi baik, saya sudah tidak tahan menanggung sakit,” kata pengawal keselamatan, Chan Ah Loy kepada rakan sekerjanya sebelum dia ditemui mati dalam tandas pondok pengawal keselamatan sebuah sekolah di Jalan Templer, di sini, semalam.

Chan, 69, yang dikatakan mempunyai penyakit asma kronik ditemui rakan sekerjanya terbaring dalam tandas berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurut rakannya, G Mariappan, 65, dia berjumpa mangsa kira-kira jam 5.30 pagi semalam dan melihat dia sedang menahan sakit.

“Semalam (kelmarin) dia cuti sakit tetapi hari ini dia datang bekerja. Dia beritahu masih sakit lalu saya menyuruhnya pulang tetapi dia tidak mahu dan tidur dalam pondok pengawal.

“Ketika sedang bekerja, rakan beritahu Chan yang kami panggil Ah Pat, tidak sedarkan diri dalam tandas. Saya segera pergi melihat keadaannya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

myMetro 24 Jan 2015


0 comments:

Post a Comment