January 24, 2015

Silver 12 kilogram


KHAIRUL Anuar mengangkat Silver.

Kuala Terengganu: Seorang pemuda di Kampung Gelugor, di sini, tidak menyangka kucing peliharaannya sejak tiga tahun lalu kini seberat 12 kilogram.

Kucing jantan dipanggil Silver itu adalah baka kampung yang dibiak dengan baka kucing Maine Coon.

Khairul Anuar Abd Rahman, 31, berkata, dia tidak menjangka kucing peliharaannya mencapai saiz begitu besar kerana ia dibiak dengan kucing baka kampung biasa.

“Biasanya saiz kucing yang dibiak dengan kucing kampung menjadi normal, malah bapa kepada Silver hanya bersaiz sederhana dan seberat lima kilogram.

“Saya tidak sangka Silver mencecah saiz sebegini besar dan menjadi perhatian orang ramai,” katanya.

Menurutnya, kucing kesayangannya itu makan dalam kuantiti sederhana, tetapi secara kerap.

myMetro 24 Jan 2015

0 comments:

Post a Comment