January 28, 2015

‘Puteri solehah dah tiada’

FATIMAH (kanan) menerima kunjungan bekas guru arwah, Nur Asyiqin.

Shah Alam: “Walaupun sukar menerima pemergiannya, namun saya reda yang puteri solehah saya sudah tiada,” itu luahan Fatimah Ismail, 47, ibu kepada remaja berusia 18 tahun yang meninggal dunia kerana demam denggi, kelmarin.

Mangsa Nur Asyiqin Zaini yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kira-kira jam 10 pagi selepas tiga hari dimasukkan ke hospital itu.

Menurut Fatimah, sebelum ini, dua anaknya disahkan menghidap demam denggi dengan dia terlebih dulu dimasukkan ke hospital kerana menghidap wabak sama bagaimanapun, selepas empat hari dirawat dia dibenarkan pulang.

“Jumaat lalu saya bawa arwah dan kakaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana demam, tetapi doktor mengatakan dia perlu dimasukkan ke hospital kerana keadaannya ketika itu sangat lemah.

“Sebelum saya dan suami pulang ke rumah pada malam Isnin lalu selepas melawat arwah, dia kelihatan semakin sihat, tetapi sebaliknya berlaku kira-kira jam 1 pagi apabila kami menerima panggilan telefon mengatakan arwah demam panas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Puncak Alam Fasa 3, di sini, semalam.

Menurut ibu kepada enam anak itu, arwah selamat dikebumikan selepas solat Asar petang kelmarin di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah.

Katanya, kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani pembiakan nyamuk aedes perlu diberi perhatian khusus kerana ramai penduduk setempat menghidap demam denggi kerana di kawasan itu terdapat banyak rumah kosong atau terbiar yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes serta air longkang bertakung.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, pihaknya berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menangani isu yang dianggap semakin serius itu.

Katanya, tindakan segera perlu dilakukan untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes dan jawatankuasa khas yang terdiri daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Jabatan Kesihatan Daerah serta agensi tertentu perlu ditubuhkan bagi mendapatkan kaedah terbaik dalam mencegah penularan wabak denggi terbabit.

Selangor mencatatkan bilangan kes denggi tertinggi apabila 5,162 kes direkodkan dari 4 hingga 26 Januari lalu manakala bilangan kes harian

myMetro 28 Jan 2015

0 comments:

Post a Comment