January 24, 2015

Penuntut UiTM maut di Langkawi

Langkawi: Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang, maut apabila motosikalnya bertembung dengan van di Jalan Pantai Kok-Ayer Hangat, di sini, 3 petang semalam.

Muhammad Syamie Ghazali, 19, dari Kampung Ranggut, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang juga penuntut semester dua dalam bidang kejuruteraan menunggang berseorangan dan dalam perjalanan dari Ayer Hangat untuk pulang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa memasuki laluan van sebelum kedua-dua kenderaan itu bertembung.

"Berikutan pertembungan itu, penunggang terpelanting sebelum tercampak di atas cermin hadapan van sebelum diseret. Van itu terbabas dan kemudiannya melanggar pokok di tepi jalan," katanya.

myMetro 24 Jan 2015

0 comments:

Post a Comment