January 27, 2015

Lelaki maut kereta terbabas ke dalam longkang

SIBU: Seorang lelaki maut selepas hilang kawalan keretanya yang kemudian terbabas ke dalam sebuah longkang di Jalan Parodom. Kejadian berlaku dalam hujan lebat pada Ahad petang.

Mangsa, Leong Poh Kwong, sedang memandu bersendirian ke arah Sarikei ketika kejadian pada pukul 4.30 petang itu.

Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang berusia 33 tahun itu yang kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu oleh sebuah ambulans

Mangsa bagaimanapun meninggal dunia pada pukul 6 petang, satu setengah jam selepas tiba di Unit Kemalangan dan Kecemasan.

Sumber The Borneo Post 27 Jan 2015

0 comments:

Post a Comment