January 24, 2015

Dua maut motosikal bertembung

Shah Alam: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Banting Pandamaran, 11.30 malam tadi.

Mereka dikenali Muhd Azamuddin Kudong, 18, dari Kampung Delek, dekat sini, dan Lim Soon Huat, 28, dari Jalan Sijangkang, Pendamaran.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman, berkata kejadian dipercayai apabila motosikal ditunggang Muhd Azamuddin gagal memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang Lim dari arah bertentangan.

Katanya, Muhd Azamuddin maut di tempat kejadian manakala Lim yang mati, 4.30 pagi ini, ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

myMetro 24 Jan 2015

0 comments:

Post a Comment