January 24, 2015

Ditemui mati dalam bilik air hotel

Johor Bahru: Lelaki berusia 45 tahun ditemui mati dalam bilik air hotel di Jalan Haji Manaf di Kluang, pagi ini.

Pihak pengurusan hotel tidak dapat membuka pintu bilik air berkenaan kerana terhalang dengan mayat lelaki itu dan terpaksa menghubungi bomba untuk bantuan.

Jurucakap bomba berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang bertindak ke lokasi selepas menerima panggilan, 11.03 pagi.

Menurutnya, mayat berkenaan berjaya dibawa keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat berkenaan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

myMetro 24 Jan 2015

0 comments:

Post a Comment