January 24, 2015

Derita si kecil


MUHAMMAD Adib tidak berdepan masalah untuk bergerak dan bermain di sekitar rumah.

Putrajaya: Usianya baru mencecah empat tahun, namun derita ditanggung amat memeritkan apabila terpaksa bergantung hanya pada mata kiri selepas mata kanannya terpaksa dibuang akibat kanser mata.

Itu derita dialami Muhammad Adib Azim Jaswan, 4, yang berdepan kemungkinan buta kedua-dua mata sekiranya rawatan segera tidak diambil, kerana difahamkan, mata kirinya juga diserang kanser sama namun, pada tahap awal.

Keadaan itu bukan sahaja membimbangkan ibu bapa Muhammad Adib, Jaswan Mulop, 38, dan isteri Ilyana Mohd Ali, 37, sebaliknya mereka sekeluarga tidak rela masa depan anak ketiga daripada empat beradik itu gelap.

Jaswan yang ditemui semalam berkata, anaknya dikesan menghidap kanser mata jenis 'retinablastoma' pada Mei 2013 sebelum di rujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan kimoterapi.

Bagaimanapun, katanya, doktor pakar yang merawatnya menasihatkan supaya mata kanan anak lelakinya itu dibuang pada Disember 2013 dan diganti dengan mata palsu.

myMetro 24 Jan 2015

0 comments:

Post a Comment