December 20, 2014

Pegawai farmasi maut di Miri

KERETA mendiang Harry yang remuk.

Miri: Pegawai farmasi maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh pokok di tepi jalan, dekat Kampung Katong Lopeng di Jalan Pujut Padang Kerbau, di sini, 7.30 malam ini.

Mangsa, Harry Chian Tien Yew, 24, tersepit di tempat duduk pemandu dan maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika mangsa memandu bersendirian dari tempat kerja ke kediamannya di kawasan berhampiran.

Jurucakap polis berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian pada 7.45 malam.

Katanya, anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba memerlukan kira-kira 30 minit mengeluarkan mayat mangsa sebelum dibawa ke Hospital Miri.

myMetro 19 Dis 2014

0 comments:

Post a Comment