December 19, 2014

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh sungai


FOTO ihsan pembaca

Tanah Merah: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika memancing ikan di Kampung Bukit Gading, petang tadi.

Dalam kejadian 5.30 petang itu mangsa Mohd Isa Hamad, 40, dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai itu dan dihanyutkan arus deras.

Sehingga 9 malam tadi mangsa masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, ketika kejadian mangsa sedang memancing bersama rakannya.

Bagaimanapun katanya, mangsa tiba-tiba tergelincir sebelum jatuh ke dalam sungai itu.

"Rakan mangsa cuba membantu namun gagal berbuat demikian.

"Usaha mencari dan menyelamat dihentikan 9.45 malam tadi atas faktor cuaca dan akan bersambung esok," katanya.

myMetro 19 Dis 2014


BANJIR: Mayat sangkut celah pokok

Tanah Merah: Lelaki yang hanyut dibawa arus deras ketika sedang memukat ikan di Kampung Kubang Rusa, Bukit Gading, Tanah Merah ditemui tersangkut di celah pokok oleh penduduk kampung, 2 pagi tadi.

Mohd Isa Hamad, 40, yang dipercayai tergelincir ditemui tidak jauh dari kawasan dia memasang pukat.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Mohd Isa dipercayai mahu mengambil pukat yang dipasangnya untuk melihat hasil, namun tergelincir dan hanyut di bawa arus deras sungai, 5.30 petang semalam.

Seorang rakan yang bersamanya, cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal.

Difahamkan, kegiatan memukat ikan menjadi aktiviti sampingan penduduk kampung ketika musim banjir.

myMetro 19 Dis 2014



0 comments:

Post a Comment