December 20, 2014

Dua sahabat lemas dalam tali air

Anggota polis mengangkat mayat salah seorang mangsa selepas motosikal yang dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam parit di Jalan Paboi, Bukit Tambun, Seberang Perai, Pulau Pinang semalam.

Dua sahabat karib mati serentak

SEBERANG PERAI – Dua sahabat karib ditemui mati lemas selepas motosikal yang mereka tunggang terlibat dalam satu kemalangan sebelum terhumban ke dalam parit di Jalan Paboi, Bukit Tambun di sini awal pagi semalam.

Bagaimanapun mayat kedua-dua mangsa, Lim Sheng Ming, 15, dan Tan Gim Wei, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Ampat di sini hanya ditemui kira-kira pukul 7.30 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Menurut sumber polis, kedua-dua mereka dipercayai mati lemas selepas gagal keluar daripada parit tersebut akibat kecederaan parah yang dialami.

Kosmo 20 Dis 2014


Remaja maut motosikal masuk tali air


Nibong Tebal: Dua remaja maut apabila motosikal ditunggangi mereka terjatuh dalam tali air di Jalan Paboi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu mangsa Lim Sheng Ming, 15, dan rakannya Tan Gin Wei, 14, maut akibat kecederaan di badan serta kepala.

Menurut sumber, mereka yang masih bersekolah itu dikatakan keluar sejak jam 8 malam tadi namun tidak pulang.

"Mayat mereka ditemui pengguna jalan raya pagi ini dan kedua-dua mangsa dikatakan menunggang motosikal dengan laju sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu.

"Mereka kemudian tercampak ke dalam tali air namun ia tidak disedari kerana keadaan gelap ketika itu," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

myMetro 19 Dis 2014

0 comments:

Post a Comment