December 20, 2014

Bekas ADUN Tawang meninggal dunia

Kota Bharu: Bekas ADUN Tawang, Idris Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pakpura, Beris Kubur Besar, Bachok, 10.35 malam tadi.

Menurut anak keduanya, Attif Zayyad, 38, arwah mempunyai komplikasi jantung, buah pinggang dan kencing manis serta menjalani rawatan rutin di Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Memang ayah ada pelbagai penyakit tapi semuanya terkawal dan dia baru saja menjalani proses angiogram, tiga bulan lalu dan dijangka menjalani proses selanjutnya, Februari 2015.

“Cuma sejak kebelakangan ini, ayah nampak letih, tapi tidak seteruk mana. Sudah ajalnya dia pergi dulu," katanya ketika dihubungi, di sini.

Attif Zayyad berkata, jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pakpura, kira-kira 10 pagi ini (Sabtu, 20 Disember).

Idris, 73, menjadi ADUN Tawang selama tiga penggal bermula 1982 hingga 1994.

Difahamkan, beliau antara pemimpin PAS Kelantan yang bertanggungjawab memenangkan parti itu dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990.

Dalam pentadbiran baru itu, arwah turut dilantik menjadi Exco kerajaan negeri sebelum mengambil keputusan bersara pada 1994.

myMetro 20 Dis 2014

0 comments:

Post a Comment