November 1, 2014

Wanita lemas dalam kolam ikan


Padang Besar: Seorang wanita lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan di hadapan rumahnya di Bukit Keteri, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Mangsa Hasnah Matt Saman, 56, hilang sejak 8 pagi tadi sebelum ditemui lemas di dalam kolam berkenaan kira-kira jam 10 pagi.

Mangsa yang bekerja sebagai tukang jahit di situ disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua anaknya kini bekerja di Kapit, Sarawak manakala seorang lagi menyambung pengajian di Jordan di dalam bidang perubatan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Rizani Che Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian, dan mengklasifikasikannya sebagai kejadian mati mengejut.

myMetro 31 Okt 2014

0 comments:

Post a Comment