November 21, 2014

Rai hari jadi Rayyan

Muhamad Rayyan (kanan) bersama bapanya menaiki BMW berkonvoi di sekitar Kampung Padang Jawa, kelmarin.

Shah Alam: “Kami tiada niat untuk meminta lebih namun saya tidak menyangka begitu ramai individu sangat prihatin dengan keinginan Rayyan walaupun mereka tidak mengenali kami.

“Saya sangat terharu dengan kesanggupan pihak terbabit kerana memberi peluang kepada Rayyan untuk menaiki kereta BMW seperti diinginkan,” kata Azhar Ahmad, 40, bapa kepada Muhamad Rayyan Azhar, 5, yang menderita penyakit kanser otot sejak tahun lalu.

Azhar berkata, sejak hari pertama isterinya Hasni Mat Hassan memuat naik keinginan anaknya untuk menaiki kereta BMW, dia tidak henti-henti menerima panggilan telefon daripada individu yang ingin menawarkan diri.

“Pada mulanya kami hanya mahu meminta bantuan seorang individu yang memiliki kereta jenis BMW untuk membawa anak saya menaiki kereta berkenaan.

“Namun tidak sangka berita berkenaan tersebar begitu cepat di laman sosial dan ini membuktikan masih wujud sifat prihatin rakyat negara kita kepada golongan yang kurang bernasib baik walaupun tidak mengenali antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui malam kelmarin.

myMetro 21 Nov 2014


Akhirnya Rayyan naik BMW

Muhamad Rayyan (tiga dari kanan) gembira menaiki kereta mainan BMW.

Shah Alam: "Alhamdulillah, impian anak untuk menaiki kereta BMW akhirnya tercapai tidak sampai 24 jam selepas saya memuat naik status hasrat itu di laman sosial Facebook.

"Terima kasih kepada insan yang sudi menawarkan diri untuk membawa anak saya menaiki kereta BMW yang menjadi impiannya," kata Hasni Mat Hassan, 39, ibu kepada Muhamad Rayyan Azhar, 5, yang menderita penyakit kanser otot sejak tahun lalu.

Hasni mencoretkan impian Muhamad Rayyan yang mahu menaiki kereta BMW dengan memaparkan gambar anaknya itu bersama suaminya, Azhar Ahmad, 40, di Facebook petang kelmarin sebelum ia menjadi 'viral' dan ramai yang simpati serta bersedia menunaikan impian kanak-kanak berkenaan.

Beberapa individu hadir ke rumah Hasni pada tengah hari dan petang di Padang Jawa, di sini, semalam, sebelum Muhamad Rayyan dibawa menaiki kereta BMW antaranya BMW X6.

Menurut Hasni, sejak berusia dua tahun, setiap kali melihat kereta BMW, anak kedua daripada empat beradik itu akan menjerit kerana tahu lambang kereta itu dan meminta untuk menaikinya

myMetro 18 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment