November 21, 2014

Mayat kanak-kanak hilang ditemui

Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui pagi tadi dibawa ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat. - Foto Norasikin Daineh

TAWAU - Mayat kanak-kanak lelaki yang hilang selepas bot jongkang yang dinaikinya bersama empat individu lain bertembung dengan sebuah kapal membawa barang di perairan Wallance Bay, Pulau Sebatik pada Selasa lepas, ditemui pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau, Kapten Anor Jaafar berkata, mayat Yongki, 2 tahun, ditemui oleh helikopter penyelamat APMM kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian.

"Mayatnya ditemui pukul 8.45 pagi selepas dia hilang selama 36 jam. Mayat ditemui dalam keadaan terapung dan masih lengkap berpakaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat dan berikutan penemuan itu pihaknya telah menutup operasi pencarian pada pukul 10 pagi.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, tiga lelaki dan seorang wanita berasal dari Indonesia berumur antara 17 dan 30 tahun berjaya diselamatkan kapal barang tersebut. - Bernama

20 November 2014

0 comments:

Post a Comment