November 22, 2014

Maut langgar tebing batu

GEORGETOWN - Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum melanggar tebing batu di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi, Mansoor Ibrahim, 59, dari Sungai Nibong Kechil dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata,  siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal seorang diri melalui susur masuk Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dari arah pusat bandar.

Menurutnya, ketika melalui jalan berkenaan motosikal mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar tebing batu pembahagi jalan susur masuk The Light Condominium.

“Akibat pelanggaran itu, anggota badan mangsa cedera teruk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Sinar Harian 21 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment