November 28, 2014

Malaysia kawasan migrasi dinosaur

SONE (dua dari kanan) memberi penerangan kepada para pengunjung yang menyaksikan fosil dinosaur di Muzium Negara, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan pihak swasta perlu menyokong serta membantu para pengkaji dinosaur sama ada dalam bentuk dana mahupun tajaan bagi meneruskan ekspedisi merungkai kewujudan haiwan prasejarah itu di negara ini.

Pensyarah Palaeontologi, Sedimentologi dan Tektonik, Jabatan Geologi, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Masatoshi Sone (gambar kecil) berkata, ini kerana, pihaknya percaya penemuan fosil gigi tinggalan dinosaur pertama di pendalaman Pahang akan menjadi titik tolak kepada kemungkinan ada fosil lebih besar ditemui meskipun terpaksa mengambil masa beberapa tahun.

Menurutnya, beliau juga percaya Semenanjung negara ini merupakan kawasan migrasi dinosaur dari tanah besar Indo-China yang sememangnya kawasan penemuan fosil haiwan terbesar seperti penemuan di Thailand dan Laos kira-kira 40 tahun dahulu.

“Masa mula-mula saya mahu mengkaji fosil dinosaur, tidak ada seorang pun percaya mengenai kewujudannya malah menjadi bahan ketawa sesetengah pihak, namun usaha mencari haiwan prasejarah itu tetap diteruskan dengan duit poket sendiri.

Kosmo 28 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment