November 24, 2014

Kren sambung jajaran LRT tergelincir

LEBUH RAYA PERSEKUTUAN menghala ke Shah Alam terpaksa ditutup selepas sebuah kren tergelincir dari landasan projek sambungan LRT di Kilometer 19.7, Batu Tiga dekat Subang Jaya kelmarin.

PETALING JAYA – Ribuan pengguna Lebuh Raya Persekutuan di sini kelmarin terperangkap dalam kesesakan jalan selama enam jam apabila sebuah kren pegangkat batu konkrit projek sambungan jajaran Transit Ali­ran Ringan (LRT) tergelincir dari landasannya di Kilometer 19.7, Batu Tiga menghala ke Shah Alam dekat Subang Jaya kelmarin.

Ekoran kejadian itu, pihak PLUS Expressway Bhd. terpaksa menutup tiga lorong di lebuh raya berkenaan kelmarin sehingga menimbulkan kesesakan jalan raya sejauh kira-kira 17 kilometer dari arah Kuala Lumpur.

Jurucakap PLUS Expressway Bhd. berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku di tengah-tengah lebuh raya berhampiran Subang Parade dan pihaknya menutup laluan menghala ke Shah Alam bagi keselamatan pengguna.

Kosmo 24 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment