November 21, 2014

Kereta nyaris jatuh jalan mendap


ORANG ramai melihat jalan runtuh di Kampung Tanjung Pantai selepas hujan tanpa henti lebih 10 jam, semalam.

Kuala Terengganu: Jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit, di sini, mendap sebelum runtuh disebabkan limpahan dan tekanan air berikutan hujan tanpa henti lebih 10 jam, semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu menyebabkan jalan dari Kampung Tanjung ke Kampung Pantai Batu Rakit tidak dapat digunakan dan ditutup kepada semua pengguna jalan raya oleh pihak berkuasa.

Penduduk, Muhammad Mat Teh, 58, mengakui terkejut sebaik mendapat tahu kejadian itu sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika sampai, saya ternampak kereta seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu hampir jatuh ke dalam jalan yang mendap.

“Pemandu bersama kenderaannya bernasib baik kerana dibantu penduduk kampung selain jalan ketika itu belum terjejas teruk.

“Bagaimanapun, selepas empat jam, jalan itu semakin mendap dan rosak teruk menyebabkan laluan jalan pantai antara Kampung Pantai dengan Kampung Tanjung terputus,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

myMetro 21 Nov 2014


0 comments:

Post a Comment