Bukit Mertajam: Seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan penemuan janin dalam tandas sebuah sekolah menengah di Machang Bubok, 3.30 petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, janin berkenaan ditemui seorang guru wanita yang menggunakan tandas itu sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Janin berkenaan dipercayai berusia tiga bulan dan mati akibat keguguran.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kami juga sudah mengambil keterangan daripada guru dan beberapa individu lain bagi membantu siasatan," katanya.
myMetro 24 Nov 2014
Kenapa aku lebih suka cuka Carob berbanding cuka epal !
-
Wife bawak balik Organic Carob Cider Vinegar ke rumah. Katanya dia dapat
ketika hadiri satu bengkel di kementeriannya. Aku cam.. carob ? Apa kemenda
lak n...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment