November 21, 2014

Hina polis dalam FB

Melaka: Seorang jurujual kereta didenda RM10,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan menghina dua anggota polis trafik dan menggunakan laman sosial memuat naik status hinaan itu.

Hukuman diputuskan Majistret Norina Maludin selepas tertuduh Tan Keng Hong, 32, dari Taman Cheng Utama, di sini, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, Tan didakwa dengan sengaja menghina sehingga membangkitkan kemarahan terhadap anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dengan niat ia menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam.

Bagi pertuduhan kedua, jurujual kereta itu didakwa memulakan komunikasi menggunakan perkhidmatan laman sosial Facebook (FB) tanpa mendedahkan identiti dengan niat mengganggu anggota trafik IPD Melaka Tengah.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya, di sini, antara jam 11.30 hingga 11.30 malam pada 25 September lalu.

myMetro 21 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment