November 21, 2014

Gelora nafsu tauke kuih pau

Betong: Akibat kemaruk seks, seorang pengusaha kuih pau ditahan selepas disyaki mencabul pekerjanya dalam kejadian di rumahnya di Spaoh, di sini, kelmarin.

Lebih menjijikkan apabila suspek berusia 45 tahun tanpa segan silu turut mengajak mangsa, 39, berasmara bersamanya dalam bilik tidur ketika kebanyakan ahli keluarga suspek tiada di rumah pada jam 3.40 petang.

Sumber berkata, kejadian itu bukan kali pertama berlaku kerana suspek pernah meraba mangsa ketika membantunya berniaga kuih pau di gerai tidak jauh dari rumahnya.

Menurutnya, mangsa yang sudah berkahwin itu melaporkan dirinya dicabul suspek, malah suspek dikatakan terdesak sehingga sanggup mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Kejadian berlaku ketika mangsa berada di dapur rumah suspek sebelum dia datang dari belakang lalu merabanya.

“Mangsa kemudian menolak permintaan itu, tetapi suspek semakin berani apabila terus mencium pipinya.

myMetro 21 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment