November 21, 2014

Anak didakwa hilang sebenarnya didera

KUALA LUMPUR - Perbuatan terkutuk seorang bapa mendera anaknya berusia lingkungan 10 tahun terbongkar selepas laporan perubatan diterima polis kira-kira jam 4 petang, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan calar di tangan kanan mangsa dan beberapa kesan lebam di paha kiri.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat tanda-tanda bahawa mangsa dicabul.

“Bagaimanapun, pada Ahad lalu, bapa mangsa,  seorang penganggur berusia 41 tahun membuat laporan polis mendakwa anaknya telah hilang sejak dua hari lalu.

“Semasa membuat laporan kehilangan tersebut, bapa kanak-kanak ini tidak menyedari anaknya telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menahan bapa kanak-kanak tersebut sebaik laporan berkenaan dibuat.

Katanya, bapa mangsa kini direman lima hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

20 November 2014


Mangsa cabul bapa

Kuala Lumpur: Tindakan berani seorang jiran akhirnya berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dari terus menjadi mangsa cabul dan penderaan fizikal oleh bapa kandungnya sendiri.

Mangsa yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Besi di sini, dikatakan dijadikan 'hamba seks' oleh bapa kandung sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun beberapa jiran yang prihatin bertindak 'melarikan' mangsa dari rumah didiami sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Sumber berkata, mangsa didera itu sering mengadu tindakan kejam bapa selain kesan luka dialami kepada anak jiran berhampiran.

"Rakan mangsa pada mulanya takut untuk memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa. Bagaimanapun kanak-kanak berusia 13 tahun itu akhirnya memberitahu ibunya mengenai nasib dialami mangsa.

myMetro 20 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment