November 21, 2014

Amuk kereta nak ditarik

MANGSA yang bergelut sempat dirakam orang ramai.

Kuala Lumpur: “Saya nekad bergelut dan cuba merampas pisau pemotong daging daripada lelaki itu walaupun kepala saya ditetak hingga berdarah,” kata seorang pekerja penarik kenderaan yang hanya mahu dikenali sebagai Fairul, 30.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi, kelmarin, mangsa diserang seorang pemilik kereta ketika dia cuba mengambil kereta Proton Persona milik suspek yang berdepan masalah pembayaran ansuran bulanan dengan pihak bank.

Menurutnya, kejadian cemas itu yang hampir meragut nyawanya berlaku berhampiran sebuah restoran di Jalan Raja Laut di sini.

“Saya melakukan tugas itu mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan. Malah saya terlebih dahulu mendapatkan surat kuasa dan kebenaran menarik kenderaan berkenaan daripada pihak bank.

“Saya kemudian pergi ke lokasi itu ditemani rakan sekerja bagi mengambil kereta berkenaan ditemani seorang rakan sekerja,” katanya.

Fairul berkata, dia kemudian menunjukkan surat kuasa untuk menarik kenderaan berkenaan atas arahan syarikat kewangan berkenaan kepada suspek.

“Bagaimanapun, lelaki itu menjerit dan mendakwa semua orang mengenali dirinya sambil mengugut kami.

myMetro 21 Nov 2014


0 comments:

Post a Comment