October 21, 2014

Waris cari saksi kemalangan maut

SENAI – Kematian seorang remaja dari Bukit Batu, dekat sini selepas terbabit dalam kemalangan  di Kilometer 36.8 Lebuhraya Utara Selatan pada 4 Oktober lalu, ternyata memberi tamparan hebat buat keluarganya.

Kakak mangsa, Ong Li Yen, 21 berkata, kematian adik bongsunya Ong Chia Meng, 18 menimbulkan kekesalan terhadap keluarganya kerana kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu yang dipercayai menjadi punca kematian mangsa masih tidak dapat dikesan.

Katanya, ketika kejadian adiknya keluar dari rumah pada kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Senai dengan menggunakan laluan Lebuh raya Utara Selatan dari persimpangan Sedenak.

“Adik keluar memakai jaket berwarna hitam menaiki motosikal jenis Suzuki Shohogun untuk ke tempat kerjanya di Senai seperti biasa.

“Kemudian lebih kurang jam 10 pagi saya dan abang terima panggilan mengatakan adik ditimpa kemalangan di KM 36.8.

"Setibanya kami di tempat kejadian mendapati  adiksudah meninggal dunia dan pihak berkuasa memaklumkan kemungkinan terdapat sebuah kenderaan berat turut terlibat dalam kemalangan itu," katanya.

Sehubungan itu,  Li Yen berkata, dia dan keluarganya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu atau berada di tempat kejadian ketika ia berlaku agar menghubungi mereka di talian 016-7878545.

Sinar Harian 10 Okt 2014

0 comments:

Post a Comment