October 31, 2014

Terlalu awal deritamu Jasmin

KEADAAN Jasmin di NICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, semalam.

Ipoh: "Bila adik hendak balik rumah, abang tidak sabar mahu bermain dengan adik," kata Ahmad Hafiy Harzan Ahmad Nazri, 5, abang kepada Jasmin Nur Qomar Ahmad Nazri, dua bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan pramatang 11 Ogos lalu.

Lebih malang bayi perempuan dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh itu turut menghidap penyakit sindrom Down dan tiada saluran najis selain memerlukan pembiayaan kos pembedahan jantung dianggarkan berjumlah RM30,000.

Bapa, Ahmad Nazri Md Rejab, 37, berkata, anak sulungnya itu berulang-ulang kali bertanyakan soalan yang sama kerana tidak sabar untuk balik ke rumah bermain dengan adiknya itu.

"Sejak dua bulan lalu, saya, isteri dan Ahmad Hafiy kerap berulang alik ke hospital melawat Jasmin dan hampir setiap hari abangnya itu bertanyakan keadaan adiknya dan menyatakan tidak sabar untuk balik serta bermain bersama.

"Meskipun dia faham bahawa adiknya dalam kesakitan dia tetap menganggap adiknya itu akan sembuh dan pulang ke rumah tidak lama lagi, " kata Nazri ketika dihubungi di sini, semalam.

myMetro 28 Okt 2014

0 comments:

Post a Comment