October 31, 2014

Suami simbah minuman panas ke muka isteri direman


MELAKA – Hanya disebabkan tidak mahu keluar membeli serbuk minuman yang diminta, seorang wanita terpaksa menahan sakit apabila mukanya melecur di kedua-dua pipinya selepas disimbah dengan minuman panas oleh suaminya di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Bachang di sini pada Ahad lalu.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi itu, suami mangsa yang juga merupakan peniaga berusia 61 tahun menyimbah minuman berkenaan ke muka isterinya.

Sumber memberitahu, lelaki warga emas itu dipercayai baru pulang dari berniaga dan mahu membancuh minuman namun, serbuk minuman yang dikehendaki di rumah mereka itu telah habis.

“Ekoran itu, suspek meminta isterinya untuk pergi membeli serbuk minuman berkenaan. Namun, isterinya enggan kerana dia berada dalam keadaan berkemban.

“Kedua-dua mereka kemudian bertengkar,” kata sumber tersebut.

Kosmo 29 Okt 2014

0 comments:

Post a Comment