October 31, 2014

Seorang remaja maut nahas di Baling

KEADAAN kereta yang dinaiki Ahmad Abim Bahaudin remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kupang-Gerik. - Foto Safuri Kamarudin

BALING: Seorang remaja maut manakala rakannya cedera parah apabila Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kupang-Gerik di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Abim Bahaudin, 18, dikatakan maut akibat patah tengkok dan kedua-dua kakinya manakala rakannya yang identitinya belum diketahui, cedera parah di kepala dan kedua-dua kaki.

Dalam kejadian itu, kereta yang ditumpang mangsa dikatakan termasuk ke laluan bertentangan ketika menuruni bukit sebelum bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan ia terperosok ke bawah lori berkenaan.

Bagaimanapun, pemandu lori dan pembantunya hanya mengalami kecederaan ringan dan hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling, Lokman Daud, berkata kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Baling untuk tindakan lanjut.

Berita Harian 24 Okt 2014



0 comments:

Post a Comment