October 20, 2014

Lelaki tanpa pengenalan diri ditemui mati


KUANTAN - Seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemui mati lemas di Teluk Tongkang, Teluk Chempedak, kira-kira jam 4.45 petang semalam.

Mayat tanpa baju itu ditemui seorang awam yang melalui melalui kawasan berkenaan sebelum berlari mendapatkan bantuan penyelamat pantai kira-kira 1 kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Skuad Penyelamat Pantai, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Sarjan Baharin Abd Majid berkata, beliau dimaklumkan penemuan mayat itu kira-kira jam 5 petang sebelum bergegas bersama empat anggota yang bertugas di kawasan pantai itu.

Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian, mayat yang berada di celah batu hanya berseluar pendek dan dipercayai lemas sejak semalam berdasarkan maklumat beberapa orang awam di situ.

Menurutnya, mayat lelaki berkenaan dipercayai berusia 30-an dan lelaki tempatan yang datang ke tempat itu.

“Mayat ditemui berada di celah batu tidak jauh dari pantai dan dipercayai berusia 30-an itu kerana tiada sebarang pengenalan diri bersamanya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis akan menyiasat kejadian itu dan mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis untuk membantu siasatan.

Sinar Harian 16 Okt 2014

0 comments:

Post a Comment