September 20, 2014

Seorang maut, tiga cedera kemalangan


Gombak: Seorang lelaki berusia 23 tahun maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan selepas kereta Nissan Almera dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 22.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.40 pagi itu, pemandu kereta itu berusia 27 tahun hanya cedera manakala rakannya maut dengan dua lagi berusia 23 tahun agak parah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata mereka ketika itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan dipandu hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke longkang di sebelah kiri lebuh raya.

Berikutan itu, katanya, rakan pemandu yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut manakala dua lagi rakannya parah.

"Semua mangsa mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan rawatan," katanya.

Ali berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 20 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment