September 13, 2014

Remaja meninggal ketika dirawat


TELUK INTAN - Selepas dua jam lebih bertarung nyawa, seorang remaja yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang kira-kira jam 8.40 malam kelmarin, meninggal dunia  semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa L Sivabalam, 17, meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTI.

Katanya, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditungganginya hilang kawalan kemudiannya melanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki dari arah sama.

“Mangsa melanggar bahagian belakang motosikal milik seorang lelaki berusia 25 tahun,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, mangsa tidak sedarkan diri dan dibawa ke HTI untuk rawatan lanjut.

Katanya, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Hutan Melintang.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak hospital, kira-kira jam 10.30 malam, kelmarin dan mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Punca kematian masih belum diketahui dan bedah siasat dijalankan pihak HTI hari ini (semalam),” katanya.

Sinar Harian 12 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment