September 20, 2014

Maut digilis treler di Gombak


Gombak: Penunggang maut selepas kepalanya digilis treler di persimpangan lampu isyarat Sungai Tua, Selayang Mutiara, di sini, dalam kemalangan pada 9.15 pagi ini.

Mangsa berusia 30 tahun itu dikatakan dalam perjalanan ke Selayang sebelum motosikalnya tiba-tiba hilang kawalan dan terus terjatuh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata mangsa jatuh terperosok di bahagian belakang treler sebelum digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kita sudah mengambil keterangan pemandu treler terbabit dan kenderaannya disita untuk membantu siasatan. Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

myMetro 20 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment