September 21, 2014

Lelaki maut, kereta hilang kawalan dirempuh lori

LUBOK ANTU: Gara-gara kereta yang dipandu hilang kawalan menyebabkan seorang lelaki maut dirempuh sebuah lori di Kilometer 21 Jalan Lubok Antu-Sri Aman kelmarin.

Mangsa iaitu Lukie Unjah, 54, terbunuh apabila kereta jenis Proton Iswara yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sekitar jam 4 petang.

Ekoran itu, sebuah lori yang dalam perjalanan dari Sibu menuju ke Lubok Antu tidak sempat mengelak lalu mer-empuh bahagian hadapan kereta yang dipandu mangsa itu.

“Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan kelidan lori berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan ringan,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP James Jonathan semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Kedua-dua mangsa yang tercedera telah dirujuk ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut,” katanya.

Utusan Borneo 21 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment