September 2, 2014

Kasihan si kucing


Kuala Lumpur: Tanpa perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila mulutnya hancur manakala hampir semua giginya patah akibat dipukul kerana kesalahan mencuri ikan untuk mengisi perut.

Kisah seekor kucing dibelasah seorang peniaga sebuah pasar di Selayang, menjadi kemarahan orang ramai kerana tindakan itu disifatkan keterlaluan.

‘Posting’ berkaitan kejadian melalui sebuah laman blog popular yang dimuat naik di Facebook petang kelmarin, menerima lebih 99,000 likes, 25,000 komen selain 11,349 yang berkongsi ke laman masing-masing.

Rata-ratanya marah, malah ada yang mengutuk tindakan peniaga berkenaan selain meminta pembelaan atas kucing itu.

Difahamkan, kucing berwarna putih oren itu, kini berada dalam jagaan seseorang yang menetap di Kajang.

Presiden Kelab Kucing Malaysia Khalid Rashid menganggap tindakan itu sebagai tidak bertamadun dan melampaui batas.

myMetro 2 Sep 2014


‘Tears’ semakin pulih

MANJUSHREE melawat kucing diselamatkannya di klinik haiwan.

Kuala Lumpur: “Kami panggil dia ‘Tears’ kerana setiap kali melihat air mukanya itu menampakkan kesedihan, hati ini turut sama bersedih merasai sengsara dan kesakitannya itu,” kata Manjushree Aptathurai, 36, penjaga kucing yang didakwa dipukul seseorang pada 29 Ogos lalu.

Kisah Tears iaitu seekor kucing putih berbelang oren yang mengalami kepatahan rahang selepas dipercayai dipukul menggunakan kayu menjadi viral di laman sosial serta mendatangkan kemarahan orang ramai yang mahukan pembelaan bagi si comel itu.

Susulan itu, Harian Metro menyiarkan kisah berkenaan kelmarin sebelum berjaya menjejaki Manjushree iaitu penjaga baru si comel berkenaan.

Manjushree yang juga pengasas sebuah pusat menyelamat haiwan di Balakong di sini, berkata keadaan Tears kini sudah bertambah baik selepas menjalani pembedahan membetulkan rahangnya yang patah teruk.

“Saya tidak tahu punca dia dipukul dan bagaimana seseorang itu sanggup memukul kucing tak berdosa ini.

“Ketika saya menemuinya keadaannya sungguh menyedihkan dengan mulutnya hancur dan berdarah.

“Saya menghantarnya mendapatkan rawatan di klinik haiwan, malah Tears terpaksa diberi makan dan minum melalui tiub khas,” katanya.

myMetro 4 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment