September 21, 2014

Jurukamera TV3 Jafri Aziz meninggal dunia akibat kanser


PENDANG: Jurukamera TV3 Kedah Jafri Aziz, 53, meninggal dunia pada jam 1.50 tengah hari tadi akibat kanser usus yang dihidapinya sejak lima tahun lalu.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Jaffri yang bertugas di Kedah sejak 20 tahun pada mulanya mengadu sesak nafas sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 5 pagi.

Isterinya, Faizah Mat Isa, 47, berkata arwah dimasukkan ke Unit Kecemasan HSB dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 tengah hari tadi.

"Dua hari lalu arwah baru keluar HSB selepas seminggu dimasukkan ke dalam wad bagi menjalani rawatan kimoterapi kali keempat," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Bendang Raja, Kubur Panjang, di sini, hari ini.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Kampung Perupuk, Mukim Rambai, di sini kira-kira jam 10 malam.

Berita Harian 20 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment