September 21, 2014

Jenazah ibu Ahli Parlimen Tasek Gelugor selamat dikebumikan


TASEK GELUGOR: Jenazah ibu kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jarak Atas, di sini hari ini.

Pegawai Khas Ahli Parlimen itu, Jauhari Abdul Wahab, berkata ibu Shabudin, Kamariah Shafie, 78, meninggal dunia jam 6.50 petang semalam di rumahnya di Kampung Jarak Atas kerana sakit tua.

Katanya, Kamariah yang juga ibu tunggal, menghembuskan nafas terakhir di sisi lima anaknya termasuk Shabudin.

"Jenazahnya selamat dikebumikan kira-kira 10 pagi ini," katanya. - BERNAMA

21 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment