ROSAK: Keadaan motosikal Honda CBR 1,000cc milik mangsa selepas kemalangan tersebut.
Mangsa ialah Thian Wee Siong berusia 38 tahun, berasal dari Tabuan Height, Kuching.
Difahamkan, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila motosikal yang baharu dibelinya itu hilang kawalan menyebabkan ia terbabas ke kawasan bulatan jalan raya berkenaan sekitar jam 6.30 pagi.
“Orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut segera membantu mangsa, selain turut menghubungi pihak ambulans untuk bantuan.
“Bagaimanapun, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian,” kata sumber.
Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan juga hadir di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Utusan Borneo 18 Sep 2014
0 comments:
Post a Comment