August 30, 2014

Wanita cari saudara untuk menjadi wali perkahwinannya

OYA: Seorang wanita yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi sedang mencari saudaranya untuk menjadi wali kepadanya pada majlis itu nanti.

Nur Jena Nyambar @ Jena Nyambar mencari saudaranya yang bernama Ayub Abdullah @ Ayub Ganja.

Menurut Nur Jena, perkara itu amat penting bagi dirinya apatah lagi dia akan berkahwin tidak lama lagi.

“Sehubungan itu, saya berharap mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau saudara saya ini dapat menghubungi saya dengan segera menerusi talian 013-5741558 bagi melancarkan urusan tersebut,” kata Jena ketika menghubungi media, semalam.

Utusan Borneo 30 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment