August 1, 2014

Tiga mati terbakar di Kota Kinabalu


Kota Kinabalu: Tiga lelaki termasuk dua warga Pakistan ditemui rentung dalam dua kebakaran berasingan dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pertama di Pekan menggatal, sederet rumah kedai satu tingkat terbakar kira-kira jam 1 pagi tadi.

Kebakaran yang memusnahkan 100 peratus rumah kedai itu turut mengorbankan dua lelaki warga Pakistan yang dikenali sebagai Zariskhan, 20, dan Assarkhan, 43.

Dalam insiden kedua, seorang lelaki warga emas, Pukimin Yokomo, 97, ditemui rentung di dalam sebuah rumah yang terbakar di Kampung Sungai Damit, Tuaran.

Menurut Pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (PBPM) kebakaran yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu turut memusnahkan 100 peratus rumah itu.

Sehingga kini, PBPM masih menyiasat punca dan jumlah kerugian bagi dua kebakaran itu.

myMetro 1 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment