August 19, 2014

Tengkorak manusia ditemui di tapak pembinaan kondominium dekat Petaling Jaya

PETALING JAYA - Satu tengkorak manusia ditemui di sebuah kondominium yang masih dalam pembinaan di Taman Medan, Petaling Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi berkata, siasatan lanjut yang dijalankan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di lokasi kejadian mendapati tengkorak manusia itu milik Othman Ramli, 40, berasal dari Batu Gajah, Perak.

“Kita perolehi maklumat itu berdasarkan kad pengenalan yang terdapat dalam dompet mangsa dan hasil siasatan turut mendapati mangsa mempunyai empat rekod jenayah lampau.

“Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung penemuan rangka ini,” ujarnya. - KOSMO!

19 Ogos 2014


Tengkorak bawah bongkah batu

KEADAAN tengkorak manusia yang dijumpai pekerja ubah suai di sebuah pangsapuri, semalam.

Petaling Jaya: Seorang pekerja kontrak warga asing terkejut apabila menemui tengkorak manusia ketika sedang mengalihkan bongkah batu di bawah tangga sebuah pangsapuri berhampiran PJCC Taman Medan, Petaling Jaya di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, pekerja berusia 30-an itu sedang mengalihkan beberapa bongkah batu di bawah pangsapuri yang sedang melalui proses pengubahsuaian itu.

Pekerja yang hanya dikenali sebagai Ahmad berkata, dia terkejut apabila mendapati terdapat tengkorak manusia di dalam timbunan batu itu.

“Saya langsung tidak sangka ia adalah tengkorak, saya ingatkan besi buruk ataupun bongkah batu sehinggalah saya ternampak bahagian mata dan mulut tengkorak itu,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian bergegas memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum melaporkan kepada pihak polis.

myMetro 20 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment