August 18, 2014

Rangka manusia di rumah kebun

BINTULU: Polis meminta bantuan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga dari kawasan Pandan di sini agar merujuk kepada Unit Forensik Hospital Bintulu berikutan penemuan rangka manusia di rumah kebun milik penduduk Rumah Ugop, Sungai Pandan Sebauh.

Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an, dipercayai mati antara tujuh hingga lapan bulan lalu dan identiti mangsa belum diketahui.

Dipercayai mangsa meninggal dunia di rumah kebun tersebut pada akhir 2013 lalu dan belum dapat dipastikan sama ada mangsa merupakan pemilik kebun itu atau orang lain.

Polis minta bantuan orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau sanak saudara agar melaporkan di balai polis berdekatan terutama penduduk di kawasan Pandan, lokasi rangka itu dijumpai atau menghubungi terus pegawai penyiasat Sarjan Jamaludin di talian 086-312531 atau 013-8338266.

Utusan Borneo 18 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment