August 1, 2014

Pemandu lori rentung ketika cuba alih kereta

KOTA KINABALU 31 Julai - Tindakan seorang pemandu lori 'berlari' masuk ke rumah untuk mengambil kunci bagi mengalihkan kereta bertukar tragedi setelah dia ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Sri Pandan, Putatan dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, Kadir Ghani, 50, ditemui rentung di bahagian ruang tamu di tingkat bawah rumah dua tingkat milik keluarganya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Jamaludin Hussin berkata, pada awalnya mangsa yang tinggal bersama keluarga dan dua penyewa bilik di rumah itu berjaya menyelamatkan diri sebaik sahaja api marak.

"Namun, dia nekad mahu menyelamatkan kereta Proton Wira Aeroback miliknya dan berlari masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci.

"Bagaimanapun dia gagal keluar semula dari rumah tersebut kerana terperangkap di dalam api yang sedang marak ketika itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

1 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment