August 18, 2014

Mekanik ditemui mati tergantung

KUCHING: Seorang mekanik ditemui mati dalam keadaan tergantung di ruang tamu kediaman sewa, Kampung Sungai Laru, di sini.

Mangsa dikenal pasti sebagai David Ungi, 48, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh saudaranya yang berkunjung ke rumahnya sekitar jam 1 petang semalam.

Saudaranya itu seterusnya memaklumkan penemuan itu kepada abang ipar mangsa yang tinggal tidak jauh dari rumah sewa itu, sebelum menghubungi pihak polis.

Pemeriksaan di tempat kejadian turut menjumpai sekeping surat, dipercayai nota bunuh diri.

Bagaimanapun, kandungan surat itu tidak dapat diketahui dan kini dalam simpanan pihak polis.

Mayatnya dibawa ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUHUS) untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Fauzilan Abdul Aziz mengesahkan insiden itu ketika dihubungi semalam.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Utusan Borneo 18 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment