August 30, 2014

Lelaki maut selepas kereta rempuh tiang lampu di Tokai

ALOR SETAR - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 10 3/4 Jalan Kubang Jelai, Tokai, Pendang pada kira-kira 12.30 tengah malam, semalam.

Mohd Hafiz Mohd Isa, 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas tercampak berhampiran tali air kira-kira 10 meter daripada kereta.

Bapanya, Mohd Isa Mat Idris, 68, berkata anak kedua daripada tiga beradik itu keluar dari rumah mereka di Taman Setia, Pendang pada kira-kira 11.45 malam untuk makan.

"Polis datang ke rumah kira-kira pukul 4 pagi tadi dan memberitahu anak saya ditimpa kemalangan,” kata Mat Isa kepada pemberita di rumahnya hari ini.

Mangsa, yang menjadi pembantu peniaga gerai ayam, meninggalkan seorang isteri, Nurul Hafizah Jamaluddin, 31, yang dikahwini pada Disember tahun lepas.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Buluh Lima di sini petang ini.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

30 Ogos 2014

1 comment:

  1. merdeka bgikn tidak gembira menymbut kerana pemergian abg yg kami sayg..
    sedih.. harini sbb abg ksygn pergi kembli ke penciptaye.. sebelm arwah pergi meningalkn kami.. arwah sgt suka hati walupn dlm hati ye sakit , xtntu arh..tp riak wajhye sgt ku ingt smpi aku mati.. semoga kau pergi degan damai abag ku.. ku selalu mendoakn mu agar bhgia di sana dan menungu kami sekluarga ...Ya Allah maha permurah dan maha pegsihani.. tempatkn lah abag aku di tempat hamba2 mu yg mulia..amin..

    ReplyDelete