August 1, 2014

Lelaki maut motosikal terbabas

PARAH: Mangsa diangkat oleh anggota bomba dan penyelamat di tempat kejadian sebelum dihantar ke HUS, namun meninggal dunia sebaik tiba di HUS.

KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikalnya terbabas lalu terjunam ke dalam semak di Batu 19, Jalan Kuching-Serian petang semalam.

Mangsa, Frankie Nande, 36, dari Kampung Mayang Kawan, Serian sebelum kejadian dikatakan bersama seorang lagi rakannya dalam perjalanan ke tempat kerja selepas melawat kakaknya di Batu 29 Jalan Kuching-Serian.

Menurut sumber, motosikal mangsa dikatakan hilang kawalan sehingga menyebabkan ia terbabas ke kawasan semak di tepi jalan berkenaan iaitu sekitar jam 2.40 petang.

“Kedua-dua mereka tercedera dan telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh anggota paramedik.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital, ekoran kecederaan parah yang dialaminya,” kata sumber.

Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat HUS untuk bedah siasat sementara rakan mangsa sehingga berita ini ditulis semalam masih dirawat di HUS.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Utusan Borneo 1 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment